Kenali Vitamin Untuk Kecantikan
- Vitamin
A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam
kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan
bayi dan kanak-kanak.
Pengambilan
vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu
menghasilkan kulit yang tegang. Vitamin C
juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat
menguatkan sistem imunisasi badan.Vitamin boleh diambil secara oral tetapi
penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus individu.
Jenis
vitamin dan fungsinya kepada kecantikan
Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan.
Dos yang
diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. Rawatan
vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang
individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi,
mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C
dan vitamin E biasanya diambil secara oral.
Vitamin A
pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia
meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam
kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama
yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan mengambil
produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A.
Vitamin B
pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil
secara oral dan suntikan.
Sumber :
No comments:
Post a Comment