Tuesday, 16 July 2013

KEKAL CERGAS SEMASA HAMIL

Mari amalkan
Beberapa langkah mudah untuk mengekalkan kecergasan bagi ibu hamil
  1. Makan snek ringan tetapi berkhasiat apabila anda berasa pening. Contohnya buah-buahan segar atau kering; biskut bijirin, yogurt dan lain-lain.
  2. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Anda disarankan makan sehingga enam kali waktu makan berbanding tiga kali. Ini bererti selepas waktu makan utama anda selanginya dengan pengambilan snek.
  3. Susu diyakini dapat membantu anda mengembalikan kesegaran diri kerana pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya. Jadi, minum lah dua gelas susu setiap hari. Satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu malam.
  4. Pelajari cara-cara terbaik untuk menguruskan tekanan kerja kerana tekanan boleh menyebabkan anda mudah berasa letih.
  5. Jangan membongkok ketika anda duduk ataupun berdiri. Kekalkan kedudukan yang tegak kerana ia mampu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan anda.
Sumber
http://pama.karangkraf.com/famili/kekal-cergas-semasa-hamil-1.181540

No comments:

Post a Comment