Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.
VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.
VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.
VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.
vitamin dan anda
Supplement for everybody. Stay healthy everyday...
Tuesday, 17 September 2013
Tuesday, 16 July 2013
KEKAL CERGAS SEMASA HAMIL
Mari amalkan
Beberapa langkah mudah untuk mengekalkan kecergasan bagi ibu hamil
http://pama.karangkraf.com/famili/kekal-cergas-semasa-hamil-1.181540
Beberapa langkah mudah untuk mengekalkan kecergasan bagi ibu hamil
- Makan snek ringan tetapi berkhasiat apabila anda berasa pening. Contohnya buah-buahan segar atau kering; biskut bijirin, yogurt dan lain-lain.
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Anda disarankan makan sehingga enam kali waktu makan berbanding tiga kali. Ini bererti selepas waktu makan utama anda selanginya dengan pengambilan snek.
- Susu diyakini dapat membantu anda mengembalikan kesegaran diri kerana pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya. Jadi, minum lah dua gelas susu setiap hari. Satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu malam.
- Pelajari cara-cara terbaik untuk menguruskan tekanan kerja kerana tekanan boleh menyebabkan anda mudah berasa letih.
- Jangan membongkok ketika anda duduk ataupun berdiri. Kekalkan kedudukan yang tegak kerana ia mampu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan anda.
http://pama.karangkraf.com/famili/kekal-cergas-semasa-hamil-1.181540
Wednesday, 10 July 2013
VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan
anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Apa sahaja yang anda
makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan
anda berkait rapat dengan kesihatan bayi. Diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
Penting bagi ibu mengandung untuk
memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan
bayi.
Set vitamin Shaklee boleh membantu anda untuk memenuhi keperluan pemakanan tersebut
- Vita-Lea - Multivitamin lengkap dengan iron formula perlu untuk ibu mengandung dalam pembentukan darah
- B Complex - Vitamin yang diperlukan bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat, lengkap dengan asid folik penting untuk pembentukan bayi dan mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi
- Vita C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, membantu penyerapan zat besi, membantu mengurangkan komplikasi semasa hamil
- Ostematrix - bekalan kalsium untuk ibu dan bayi, membantu dalam masalah kejang kaki kerana kurangnya kalsium, bantu penghadaman
- OmegaGuard - mengandungi asid lemak perlu untuk badan, mengandungi DHA penting untuk perkembangan otak bayi, pemecah lemak, merendahkan kolesterol
PEMAKANAN IBU MENGANDUNG
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan
anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Apa sahaja yang anda
makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan
anda berkait rapat dengan kesihatan bayi. Diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
Penting bagi ibu mengandung untuk
memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
- Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti
kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan
berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis
(gestational diabetes mellitus).
Apabila anda mengandung, cadangan
hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan
untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya
makanan tersebut dapat dipastikan:
- HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
- Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry
date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan
sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh,
tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah
lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh
memudaratkan kesihatan bayi anda.
Sumber
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/5655-panduan-pemakanan-ibu-mengandung.html
Friday, 5 July 2013
VITAMIN UNTUK KECANTIKAN KULIT
Kulit Cantik Secara Sihat, Selamat dan Semulajadi
Bekalkan yang terbaik untuk kulit anda. Sayangi diri anda dan rawatlah diri anda secara selamat. Jangan mengambil risiko dengan membahayakan diri sendiri hanya untuk cantik luaran dalam masa yang singkat.
Cadangan set untuk memelihara kulit anda:
Bekalkan yang terbaik untuk kulit anda. Sayangi diri anda dan rawatlah diri anda secara selamat. Jangan mengambil risiko dengan membahayakan diri sendiri hanya untuk cantik luaran dalam masa yang singkat.
Cadangan set untuk memelihara kulit anda:
- B Complex - perlu untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
- Vita C - melambatkan pigmentasi, perlu untuk pembaikan tisu,berperanan dalam penghasilan kolagen
- Vita E Complex - melambatkan proses penuaan, membaiki kesan parut
VITAMIN, KECANTIKAN DAN KESIHATAN
Kenali Vitamin Untuk Kecantikan
- Vitamin
A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam
kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan
bayi dan kanak-kanak.
Pengambilan
vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu
menghasilkan kulit yang tegang. Vitamin C
juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat
menguatkan sistem imunisasi badan.Vitamin boleh diambil secara oral tetapi
penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus individu.
Jenis
vitamin dan fungsinya kepada kecantikan
Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan.
Dos yang
diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. Rawatan
vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang
individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi,
mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C
dan vitamin E biasanya diambil secara oral.
Vitamin A
pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia
meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam
kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama
yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan mengambil
produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A.
Vitamin B
pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil
secara oral dan suntikan.
Sumber :
Thursday, 4 July 2013
SUPPLEMENT DAN PENYUSUAN SUSU IBU
Ibu-ibu yang menyusu...
Seandainya
anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa
vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. TETAPI Vitamin diambil
demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus
bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan
penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas
penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN
atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
Pengambilan
vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu
memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten:
i. Ibu
kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya membuat sesi
perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara
benar-benar kosong.
ii. Ibu
memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak
kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan
lengkap buat si manja.
iii. Ibu
juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan
keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat
digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi
tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu
ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
*ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE
Subscribe to:
Comments (Atom)

