Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.
VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.
VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.
VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.