Tuesday, 17 September 2013

KEPENTINGAN VITAMIN

Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.
 VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.
VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.
VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

Tuesday, 16 July 2013

KEKAL CERGAS SEMASA HAMIL

Mari amalkan
Beberapa langkah mudah untuk mengekalkan kecergasan bagi ibu hamil
  1. Makan snek ringan tetapi berkhasiat apabila anda berasa pening. Contohnya buah-buahan segar atau kering; biskut bijirin, yogurt dan lain-lain.
  2. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Anda disarankan makan sehingga enam kali waktu makan berbanding tiga kali. Ini bererti selepas waktu makan utama anda selanginya dengan pengambilan snek.
  3. Susu diyakini dapat membantu anda mengembalikan kesegaran diri kerana pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya. Jadi, minum lah dua gelas susu setiap hari. Satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu malam.
  4. Pelajari cara-cara terbaik untuk menguruskan tekanan kerja kerana tekanan boleh menyebabkan anda mudah berasa letih.
  5. Jangan membongkok ketika anda duduk ataupun berdiri. Kekalkan kedudukan yang tegak kerana ia mampu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan anda.
Sumber
http://pama.karangkraf.com/famili/kekal-cergas-semasa-hamil-1.181540

Wednesday, 10 July 2013

VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi. Diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.

Set vitamin Shaklee boleh membantu anda untuk memenuhi keperluan pemakanan tersebut
  1. Vita-Lea - Multivitamin lengkap dengan iron formula perlu untuk ibu mengandung dalam pembentukan darah
  2. B Complex - Vitamin yang diperlukan bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat, lengkap dengan asid folik penting untuk pembentukan bayi dan mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi
  3. Vita C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, membantu penyerapan zat besi, membantu mengurangkan komplikasi semasa hamil
  4. Ostematrix - bekalan kalsium untuk ibu dan bayi, membantu dalam masalah kejang kaki kerana kurangnya kalsium, bantu penghadaman
  5. OmegaGuard - mengandungi asid lemak perlu untuk badan, mengandungi DHA penting untuk perkembangan otak bayi, pemecah lemak, merendahkan kolesterol

PEMAKANAN IBU MENGANDUNG

Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi. Diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus).
Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.


Sumber
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/5655-panduan-pemakanan-ibu-mengandung.html 

Friday, 5 July 2013

VITAMIN UNTUK KECANTIKAN KULIT

Kulit Cantik Secara Sihat, Selamat dan Semulajadi
Bekalkan yang terbaik untuk kulit anda. Sayangi diri anda dan rawatlah diri anda secara selamat. Jangan mengambil risiko dengan membahayakan diri sendiri hanya untuk cantik luaran dalam masa yang singkat.

Cadangan set untuk memelihara kulit anda:
  • B Complex - perlu untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Vita C - melambatkan pigmentasi, perlu untuk pembaikan tisu,berperanan dalam penghasilan kolagen
  • Vita E Complex - melambatkan proses penuaan, membaiki kesan parut

VITAMIN, KECANTIKAN DAN KESIHATAN



Kenali Vitamin Untuk Kecantikan


-    Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak
    Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan.Vitamin boleh diambil secara oral tetapi penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus individu.

Jenis vitamin dan fungsinya kepada kecantikan



Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan.

Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C dan vitamin E biasanya diambil secara oral.

Vitamin A pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan  mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A.



Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral dan suntikan.

Sumber :

Thursday, 4 July 2013

SUPPLEMENT DAN PENYUSUAN SUSU IBU



Ibu-ibu yang menyusu...
 Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. TETAPI Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.


Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.


Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten:

i.          Ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

ii.         Ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

iii.        Ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
 
*ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

CADANGAN VITAMIN TAMBAHAN IBU MENYUSU

Kenapa perlu vitamin tambahan?
Sekiranya anda ibu bekerja, menyusukan bayi anda sepenuhnya, menguruskan agenda rumah tangga, anak-anak dan suami, masalah di tempat kerja. Seandainya anda adalah seperti yang disebutkan tadi, tidak dinafikan stress, penat, letih, lesu, dan mungkin juga susu semakin berkurangan dari sehari ke sehari.
Pelbagai faktor boleh menjadi penyumbang kepada masalah anda tadi dan salah satu daripadanya adalah kerana diet/ pemakanan yang tidak seimbang kerana ketidakcukupan masa untuk urusan seharian.
Sebagai penyelesaian terutama kepada ibu bekerja yang menyusukan bayi sepenuhnya, vitamin Shaklee boleh membantu anda.

  1.  Vita-Lea Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vita C
  4. Alfalfa

Friday, 28 June 2013

VITAMIN MEMBANTU KESUBURAN DAN KEHAMILAN

Anda dalam proses percubaan untuk hamil dan pelbagai kaedah telah dicuba tetapi belum berhasil? Apa kata cuba kaedah semulajadi yang sihat dan selamat dengan pengambilan tambahan vitamin harian dalam diet anda dengan cadangan set dari vitamin Shaklee ini.
Cadangan vitamin untuk suami dan isteri
Disamping pengambilan supplemen ini anda juga dinasihatkan untuk memperbanyakkan zikir dan sentiasa memohon dari Yang Maha Esa. 
Semoga usaha anda diberkati dan jangan berputus asa. Semoga anda dimurahkan rezeki. Amin...

7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPPLEMEN



KENAPA PERLU SUPPLEMEN???

  1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan;

Thursday, 27 June 2013

ESP

APA ITU ESP ???
Minuman berkhasiat diperbuat daripada kacang soya yang non-GMO yang diperkaya dengan
  • 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
  • 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia
  • 1 hidangan ESP = 2 x daging , 4 x telur , 12  x susu  
  • Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Juga sesuai kepada pengidap kencing manis  
 Memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama 

Khasiat ESP (Klik pada gambar)