Wednesday, 8 May 2013

Perkenalan Pertama

Kisah Ku

Ini kisah kali pertama aku berkenalan dengan produk Shaklee. Kalau dulu tidak pernah aku pedulikan semua jenis makanan tambahan tapi setelah bersalin anak ke-3 (2011), tergerak hati untuk mencuba supplement dari Shaklee ini. Sebab utama aku mengambil supplement ini adalah untuk membantu proses BF kerana telah berazam untuk memberi yang terbaik buat anakku dengan full BF. 

Produk pertama yang aku cuba adalah Set untuk BF
(trial pack) sebab masih ragu-ragu, takut nanti hanya semangat separuh jalan sebab aku memang bukan orang yang suka makan apa-apa jenis ubat. Dalam first trial ini, aku sendiri terasa kagum dengan susu yang terhasil...daripada pemerhatian sendiri, susu terhasil dari pengambilan gabungan vitamin ( Vita-Lea , Alfalfa, b-complex dan vita-c) adalah sangat berbeza dari segi fizikal yang boleh dilihat sendiri. Susu kelihatan sangat pekat dan nampak sedap :P . 

Walau bagaimanapun, harus diingatkan di sini, tujuan pengambilan vitamin tersebut bukan untuk menjadikan susu banyak...tidak sama sekali. Dari segi volume susu yang dihasilkan adalah bergantung kepada kerajinan ibu itu sendiri iaitu sentiasa dekat dengan bayi (bayi sentiasa tidur sebelah ibu bukannya ibu di katil dan baby dibiarkan tidur dalam baby cot), jangan malas untuk menyusukan bayi, bagi ibu yang berkerja (aku ler tu hehehe) rule no.1 : rajin mengepam susu setiap 3-4 jam sekali. Dan harus minum banyak air bagi menghasilkan banyak susu (input=output).

Bermula dari situ, aku telah menjadi pengguna setia trial set tersebut dan bulan demi bulan aku berjaya menyusukan anakku dengan jayanya. Tetapi nasib tidak menyebelahi aku juga untuk  anak ke-3 ini. Disebabkan tuntutan tugas yang memerlukan sentiasa outstation, aku terpaksa berhenti BF baby kerana terpaksa meninggalkan anak-anak di kampung selama 1 bulan dan baby kecik ini yang ditakdirkan nipple confusion huhuhuhuh...sedihnye tidak terkira. Tapi aku masih berusaha untuk pam susu dan memberi susu menggunakan botol. 

Dan kini, aku sedang mengandungkan anak yang ke-4 dengan azam yang sama untuk memberi BF sepenuhnya In syaa Allah...

No comments:

Post a Comment