Thursday, 9 May 2013

Perjalananku Bersama Supplement Shaklee Semasa Mengandung

Bismillah...
Semakin hari aku semakin selesa bersama Shaklee, daripada bermula dengan trial pack menyusu aku bertambah yakin dan mula menggunakan full set serta menambah Energizing Soy Protein (ESP) dalam pengambilan vitamin harian. Alhamdulillah...aku sudah boleh menerima pengambilan supplement yang mana dulunya aku tidak langsung berminat
huhu..dan syukur kepada Allah juga dengan izinNya aku jarang diuji dari segi kesihatan demi untuk menguruskan hidup seharian yang agak mencabar dengan 3 anak kecil.

Sekarang aku meneruskan pengambilan set vitamin untuk ibu mengandung pula iaitu Vita-Lea, b-complex, vit-c, ostematrix + omegaguard dan juga ESP. Sehingga kini usia kandungan telah mencecah 25 minggu..alhamdulillah aku kekal cergas dengan pengambilan vitamin tambahan tersebut sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan aku seharian.

Dan kini, setelah aku yakin dengan Shaklee tanpa pengaruh sesiapa, dengan sendirinya pintu hati terbuka untuk menyertai komuniti Shaklee dengan bantuan mentorku Efie hehehe (thanks Efie). Dan aku bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat dengan menjadi pembekal produk ini ;P .

No comments:

Post a Comment